Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…
Syukur kehadrat illahi dengan izin-NYA maka dengan ini dapatlah saya
menamatkan pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU) yang bermula daripada sesi
jun 2010 sehinggalah ke sesi jun
2012.
Dahulunya saya merupakan pelajar diperingkat Sijil Teknologi
Maklumat daripada Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) selama 2 tahun. Sepanjang
berada di KKHL, saya diberi pendedahan dengan pelbagai ilmu sama ada berbentuk
teori mahupun amali. Di dalam aktiviti kokurikulum, saya diberi kepercayaan untuk
menjawat jawatan sebagai Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
sebanyak 2 kali. Ini adalah kepercayaan pihak atasan terhadap kemampuan barisan
kempimpinan JPP dibawah pimpinan saya.
Menyambung pengajian daripada peringkat Sijil kepada
peringkat Diploma adalah bukan satu perkara atau peluang yang mudah untuk dikecapi.
Pelajar lepasan SPM dan juga lepasan Graduan Kolej Komuniti pada tahun 2010
adalah jumlah yang sangat tinggi. Ini membuatkan peluang sangat sukar untuk
menyambung pengajian diperingkat Diploma. Berkat doa dan usaha yang gigih
akhirnya saya diberi peluang untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma dalam
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) di Politeknik Balik
Pulau.
Syukur alhamdulilah selama 2 tahun menjadi pelajar PBU, saya
cukup senang dengan pihak pengurusan PBU dan juga barisan tenaga pengajar yang
sentiasa memberikan kerjasama dalam apa jua perkara. Sehinggalah saya dilantik
menjadi Presiden Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Balik Pulau (PRS PBU).
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
Miss Loke Yin Ying selaku Pegawai Psikologi dan Kerjaya merangkap Penasihat
Kelab PRS PBU atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas
jawatan sebagai Presiden PRS PBU bagi tahun 2012. Terima kasih juga diucapkan
kepada Ahli Majlis Tertinggi PRS PBU dan tidak lupa juga kepada Ahli-ahli Kelab
PRS PBU diatas kerjasama dan sokongan dalam melaksanakan program PRS PBU sepanjang
berada dibawah pimpinan saya.
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah
dan silap sepanjang saya menjadi Presiden Kelab PRS PBU. Kini tibalah masa
transformasi PRS PBU untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi PRS yang baru. Saya mendoakan
agar Kelab PRS PBU terus menjadi Kelab yang paling bergiat aktif di PBU dan
seterusnya menjadi platform untuk membatu para pelajar PBU sesuai dengan slogan
Kelab PRS PBU “ Bina Diri Untuk Bantu
Rakan ”.
Sekian, terima kasih..
ZAMRI RASHID
Presiden,
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Politeknik Balik Pulau