Tuesday 11 December 2012

Ucapan Bekas Presiden PRS PBU


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Syukur kehadrat illahi dengan izin-NYA maka dengan ini dapatlah saya menamatkan pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU) yang bermula daripada sesi jun 2010 sehinggalah ke sesi jun
2012.

Dahulunya saya merupakan pelajar diperingkat Sijil Teknologi Maklumat daripada Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) selama 2 tahun. Sepanjang berada di KKHL, saya diberi pendedahan dengan pelbagai ilmu sama ada berbentuk teori mahupun amali. Di dalam aktiviti kokurikulum, saya diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sebanyak 2 kali. Ini adalah kepercayaan pihak atasan terhadap kemampuan barisan kempimpinan JPP dibawah pimpinan saya.

Menyambung pengajian daripada peringkat Sijil kepada peringkat Diploma adalah bukan satu perkara atau peluang yang mudah untuk dikecapi. Pelajar lepasan SPM dan juga lepasan Graduan Kolej Komuniti pada tahun 2010 adalah jumlah yang sangat tinggi. Ini membuatkan peluang sangat sukar untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma. Berkat doa dan usaha yang gigih akhirnya saya diberi peluang untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) di Politeknik Balik Pulau.

Syukur alhamdulilah selama 2 tahun menjadi pelajar PBU, saya cukup senang dengan pihak pengurusan PBU dan juga barisan tenaga pengajar yang sentiasa memberikan kerjasama dalam apa jua perkara. Sehinggalah saya dilantik menjadi Presiden Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Balik Pulau (PRS PBU).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Miss Loke Yin Ying selaku Pegawai Psikologi dan Kerjaya merangkap Penasihat Kelab PRS PBU atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas jawatan sebagai Presiden PRS PBU bagi tahun 2012. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Majlis Tertinggi PRS PBU dan tidak lupa juga kepada Ahli-ahli Kelab PRS PBU diatas kerjasama dan sokongan dalam melaksanakan program PRS PBU sepanjang berada dibawah pimpinan saya.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang saya menjadi Presiden Kelab PRS PBU. Kini tibalah masa transformasi PRS PBU untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi PRS yang baru. Saya mendoakan agar Kelab PRS PBU terus menjadi Kelab yang paling bergiat aktif di PBU dan seterusnya menjadi platform untuk membatu para pelajar PBU sesuai dengan slogan Kelab PRS PBU “ Bina Diri Untuk Bantu Rakan ”.



Sekian, terima kasih..

ZAMRI RASHID
Presiden,
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Politeknik Balik Pulau

Wednesday 17 October 2012

Program Semarak Kebudayaan dan Penganugerahan PBU 2012


Program Semarak Kebudayaan dan Penganugerahan PBU 2012 julung-julung kalinya diadakan pada 10 Oktober 2012 bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang yang bertemakan "tradisional" dan dikendalikan sepenuhnya oleh 3 gabungan organisasi. Antaranya ialah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di ketuai oleh YDP JPP Saudara Ashaari, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) diketuai oleh Presiden PRS Saudara Zamri dan Kelab Keusahawanan Politeknik Balik Pulau diketuai oleh Saudara Mohd Taufik. Dan tidak lupa juga Pengarah Program Saudari Saidatul Aisyah (Biro Pehubungan Awam PRS).

Program julung-julung kalinya diadakan ini telah pun mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan sekali sehingga mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahlijawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Program Semarak Kebudayaan dan Penganugerahan PBU 2012 pada kali ini.


Presiden PRS PBU 2012

Mesyuarat Program Kerjasama Kelab / Organisasi


Makluman kepada semua AJK PRS yang terlibat dalam Program Semarak Kebudayaan dan Penganugerahan 2012.Sila hadirkan diri anda di Dewan Utama pada 8 Oktober 2012 pada jam 3.00 petang untuk sesi raptai penuh bersama pelajar yang terlibat dalam persembahan nanti.


Mohon untuk AJK maklumkan kepada ahli PRS yang lain.

Sekian




Presiden PRS PBU 2012

Gempur PRS PBU 2012

Gempur PRS PBU 2012


Pada 29 September 2012 – Paintball adalah satu sukan menembak yang semakin popular dikalangan remaja pada hari ini. Sukan paintball memerlukan perancangan strategi, kerjasama berpasukan dan keberanian semasa bersukan. Seramai 80 orang ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS) menyertai Program Gempur PRS 2012 bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) anjuran PRS PTSB dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya PTSB. Program Gempur PRS 2012 yang melibatkan pelajar Politeknik Balik Pulau (PBU), Politeknik Seberang Perai (PSP) , Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB) selaku tuan rumah pada program tersebut.

Politeknik Balik Pulau telah menghantar wakil seramai 10 orang.
1.Muhammad Zamri
2.Mohd Syazwan Amir
3.Muhamamd Azam Syafiq
4.Khairul Annuar
5.Mohd Azim
6.Siti Norsyafinaz
7.Siti Nor Atikah
8.Nr Atiqah 
9.Nor Afiqah
10. Asmah

Tahniah kepada saudara Azim kerana menjuarai perntandingan pada program tersebut!

Wednesday 26 September 2012

Tuesday 18 September 2012

Selamat Berkonvokesyen ahli PRS PBU

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas kenikmatan hidup yang diberi olehNYA kepada kita semua untuk meneruskan perjuang kita sebagai pelajar dan juga sebagai hamba Allah di muka bumi ini..Tahniah saya ucapkan kepada anda semua. Anda telah melakukan yang terbaik dan berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU).
"Bina Diri Untuk Bantu Rakan"

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA!!!


Presiden Kelab PRS PBU,
Muhammad Zamri Bin Abdul Rashid.