Sunday 22 April 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi Disember 2011

Moga dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan akhir.
semoga berjaya!
katakan boleh kepada diri anda!
(^_^)

Thursday 19 April 2012

Program Lawatan Kerjaya & Kembara Muhibbah PRS PBU 2012

PRS PBU 2012
Program Lawatan Kerjaya dan Kembara Muhibbah PRS PBU telah dijalankan pada 29 sehingga 30 Mac 2012. Lawatan di sertai oleh 33 orang pelajar PRS dan pelajar semester 1 serta 3 orang pengiring. Lawatan yang dijalankan pada kali ini adalah melibatkan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad @ NSTP Balai Berita, Kuala Lumpur. Turut dilawati oleh pelajar PBU adalah Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor serta Management Science University (MSU). 

Objektif program pada kali ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai sektor perkerjaan bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi di NSTP dan juga memberi peluang serta pengetahuan kepada pelajar untuk melanjut pengajian ke peringkat Ijazah di MSU. Selain itu juga, sebagai ahli PRS yang baru turut di sertakan di dalam program ini adalah menjadi pembimbing kepada adik-adik yang berada di Rumah Amal Limpahan Kasih. "Bina Diri Bantu Rakan". - Klik di sini untuk melihat gambar akviti.
Lawatan di NSTP, Balai Berita Kuala Lumpur

Kunjungan ke Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong

Lawatan PRS PBU ke Management Science University (MSU)