Tuesday 11 December 2012

Ucapan Bekas Presiden PRS PBU


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Syukur kehadrat illahi dengan izin-NYA maka dengan ini dapatlah saya menamatkan pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU) yang bermula daripada sesi jun 2010 sehinggalah ke sesi jun
2012.

Dahulunya saya merupakan pelajar diperingkat Sijil Teknologi Maklumat daripada Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) selama 2 tahun. Sepanjang berada di KKHL, saya diberi pendedahan dengan pelbagai ilmu sama ada berbentuk teori mahupun amali. Di dalam aktiviti kokurikulum, saya diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sebanyak 2 kali. Ini adalah kepercayaan pihak atasan terhadap kemampuan barisan kempimpinan JPP dibawah pimpinan saya.

Menyambung pengajian daripada peringkat Sijil kepada peringkat Diploma adalah bukan satu perkara atau peluang yang mudah untuk dikecapi. Pelajar lepasan SPM dan juga lepasan Graduan Kolej Komuniti pada tahun 2010 adalah jumlah yang sangat tinggi. Ini membuatkan peluang sangat sukar untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma. Berkat doa dan usaha yang gigih akhirnya saya diberi peluang untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) di Politeknik Balik Pulau.

Syukur alhamdulilah selama 2 tahun menjadi pelajar PBU, saya cukup senang dengan pihak pengurusan PBU dan juga barisan tenaga pengajar yang sentiasa memberikan kerjasama dalam apa jua perkara. Sehinggalah saya dilantik menjadi Presiden Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Balik Pulau (PRS PBU).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Miss Loke Yin Ying selaku Pegawai Psikologi dan Kerjaya merangkap Penasihat Kelab PRS PBU atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas jawatan sebagai Presiden PRS PBU bagi tahun 2012. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Majlis Tertinggi PRS PBU dan tidak lupa juga kepada Ahli-ahli Kelab PRS PBU diatas kerjasama dan sokongan dalam melaksanakan program PRS PBU sepanjang berada dibawah pimpinan saya.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang saya menjadi Presiden Kelab PRS PBU. Kini tibalah masa transformasi PRS PBU untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi PRS yang baru. Saya mendoakan agar Kelab PRS PBU terus menjadi Kelab yang paling bergiat aktif di PBU dan seterusnya menjadi platform untuk membatu para pelajar PBU sesuai dengan slogan Kelab PRS PBU “ Bina Diri Untuk Bantu Rakan ”.



Sekian, terima kasih..

ZAMRI RASHID
Presiden,
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Politeknik Balik Pulau

Wednesday 17 October 2012

Program Semarak Kebudayaan dan Penganugerahan PBU 2012


Program Semarak Kebudayaan dan Penganugerahan PBU 2012 julung-julung kalinya diadakan pada 10 Oktober 2012 bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang yang bertemakan "tradisional" dan dikendalikan sepenuhnya oleh 3 gabungan organisasi. Antaranya ialah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di ketuai oleh YDP JPP Saudara Ashaari, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) diketuai oleh Presiden PRS Saudara Zamri dan Kelab Keusahawanan Politeknik Balik Pulau diketuai oleh Saudara Mohd Taufik. Dan tidak lupa juga Pengarah Program Saudari Saidatul Aisyah (Biro Pehubungan Awam PRS).

Program julung-julung kalinya diadakan ini telah pun mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan sekali sehingga mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahlijawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Program Semarak Kebudayaan dan Penganugerahan PBU 2012 pada kali ini.


Presiden PRS PBU 2012

Mesyuarat Program Kerjasama Kelab / Organisasi


Makluman kepada semua AJK PRS yang terlibat dalam Program Semarak Kebudayaan dan Penganugerahan 2012.Sila hadirkan diri anda di Dewan Utama pada 8 Oktober 2012 pada jam 3.00 petang untuk sesi raptai penuh bersama pelajar yang terlibat dalam persembahan nanti.


Mohon untuk AJK maklumkan kepada ahli PRS yang lain.

Sekian




Presiden PRS PBU 2012

Gempur PRS PBU 2012

Gempur PRS PBU 2012


Pada 29 September 2012 – Paintball adalah satu sukan menembak yang semakin popular dikalangan remaja pada hari ini. Sukan paintball memerlukan perancangan strategi, kerjasama berpasukan dan keberanian semasa bersukan. Seramai 80 orang ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS) menyertai Program Gempur PRS 2012 bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) anjuran PRS PTSB dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya PTSB. Program Gempur PRS 2012 yang melibatkan pelajar Politeknik Balik Pulau (PBU), Politeknik Seberang Perai (PSP) , Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB) selaku tuan rumah pada program tersebut.

Politeknik Balik Pulau telah menghantar wakil seramai 10 orang.
1.Muhammad Zamri
2.Mohd Syazwan Amir
3.Muhamamd Azam Syafiq
4.Khairul Annuar
5.Mohd Azim
6.Siti Norsyafinaz
7.Siti Nor Atikah
8.Nr Atiqah 
9.Nor Afiqah
10. Asmah

Tahniah kepada saudara Azim kerana menjuarai perntandingan pada program tersebut!

Wednesday 26 September 2012

Tuesday 18 September 2012

Selamat Berkonvokesyen ahli PRS PBU

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas kenikmatan hidup yang diberi olehNYA kepada kita semua untuk meneruskan perjuang kita sebagai pelajar dan juga sebagai hamba Allah di muka bumi ini..Tahniah saya ucapkan kepada anda semua. Anda telah melakukan yang terbaik dan berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU).
"Bina Diri Untuk Bantu Rakan"

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA!!!


Presiden Kelab PRS PBU,
Muhammad Zamri Bin Abdul Rashid.

Friday 31 August 2012

Facebook PRS PBU

Sila klik disini untuk sertai kami di dalam Group Facebook PRS PBU

Jawatankuasa PRS PBU Sesi Jun 2012

UNTUK PAPARAN BESAR SILA KLIK PADA GAMBAR
Ahli Jawatankuasa Pembimbing Rakan Siswa
Politeknik Balik Pulau

Berdiri dari kiri : Maizatul,Aisyah,Noradilah,Azim,Syafinaz,Liyana,Raja
Duduk dari kiri : Afiqah Kamaruzaman,Afiqah Husin,Zamri Rashid,Liyana Mansor,Ziella



Tuesday 7 August 2012

Mesyuarat PRS bersama JPP Politeknik Balik Pulau

‎[MAKLUMAN]
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..
Kepada WAKIL PRS 10 ORANG yang akan hadir mesyuarat esok.
Mesyuarat PRS bersama JPP akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 08 Ogos 2012 
Hari : Rabu Masa : 9.00 pagi
Tempat : DU / Bilik JPP.


* Sebarang perubahan tempat mesyuarat akan diberitahu daripada semasa ke semasa.
Tolong maklumkan pada ahli PRS yang terlibat.
U.p..-> S.U Agong PRS - Nur Afiqah

Tuesday 24 July 2012

Mesyuarat Pembimbing Rakan Siswa sesi Jun 2012


Kepada
Ahli PRS PBU Sesi Jun 2012

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Tuan/puan,

PER : Perjumpaan Ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS PBU) Sesi Jun 2012

Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Tertinggi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Balik Pulau (PRSPBU) dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa satu perjumpaan Ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRSPBU) bagi sesi Jun 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tempat : Bilik Kuliah 4, PBU
Tarikh   : 25 Julai 2012
Masa    : 4.00 petang.

Sehubungan itu, Majlis Tertinggi (PRS PBU) memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan sekian.

Sekian,terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK POLITEKNIK MELALUI KAUNSELING" 
saya yang menjalankan tugas,



MUHAMMAD ZAMRI BIN ABDUL RASHID
Presiden,
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Politeknik Balik Pulau


sk- Penasihat Kelab PRS PBU

Selamat Kembali ke PBU sesi Jun 2012

Selamat kembali ke Politeknik Balik Pulau (PBU) 
Selamat mendaftar di PBU.

Tanamkan azam dan semangat yang tinggi dalam diri anda kelak menjadi pelajar yang lebih cemerlang pada semester ini.

Thursday 3 May 2012

Salam Perpisahan Buat Ahli PRS Semester 6

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Ahli PRS PBU sekalian..

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PRS SEMESTER 6  yang telah bersama-sama mencurahkan idea serta menyumbangkan masa dan tenaga demi melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti Kelab PRS PBU pada kali ini dan tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian di PBU. Mohon maaf atas salah silap sepanjang kita bersama. Kelak, menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain. Semoga berjaya dengan apa yang dihajati. Selamat bercuti semua. Jumpa lagi pada masa akan datang. Diharapkan kita semua dapat meneruskan ikatan ukhuwah ini bersama melalui Group FB PRS PBU.
"Bina Diri Untuk Bantu Rakan"




"Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…
Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..
Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…
Kutetap mengharapkan kita bersahabat…
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana.. "



Sunday 22 April 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi Disember 2011

Moga dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan akhir.
semoga berjaya!
katakan boleh kepada diri anda!
(^_^)

Thursday 19 April 2012

Program Lawatan Kerjaya & Kembara Muhibbah PRS PBU 2012

PRS PBU 2012
Program Lawatan Kerjaya dan Kembara Muhibbah PRS PBU telah dijalankan pada 29 sehingga 30 Mac 2012. Lawatan di sertai oleh 33 orang pelajar PRS dan pelajar semester 1 serta 3 orang pengiring. Lawatan yang dijalankan pada kali ini adalah melibatkan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad @ NSTP Balai Berita, Kuala Lumpur. Turut dilawati oleh pelajar PBU adalah Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor serta Management Science University (MSU). 

Objektif program pada kali ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai sektor perkerjaan bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi di NSTP dan juga memberi peluang serta pengetahuan kepada pelajar untuk melanjut pengajian ke peringkat Ijazah di MSU. Selain itu juga, sebagai ahli PRS yang baru turut di sertakan di dalam program ini adalah menjadi pembimbing kepada adik-adik yang berada di Rumah Amal Limpahan Kasih. "Bina Diri Bantu Rakan". - Klik di sini untuk melihat gambar akviti.
Lawatan di NSTP, Balai Berita Kuala Lumpur

Kunjungan ke Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong

Lawatan PRS PBU ke Management Science University (MSU)

Sunday 5 February 2012

Blinking Text - http://www.blinkingtextlive.com


[Makluman]
Tempahan Baju Korporat PRS PBU 2012.
Pada ahli PRS PBU yang ingin menempah baju korporat PRS PBU 2012
bolehlah berjumpa dengan Bendahari Kelab PRS PBU. - Nur Ziella

(Contoh baju korporat PRS PBU 2012)




PILIHANRAYA JPP PBU 2012

Borang penamaan calon diedarkan pada : 13 Februari 2012
Tarikh akhir penghantaran borang adalah pada 27 Februari 2012
Borang boleh didapati di Kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar PBU.

Tempoh Berkempen : 6 Mac - 10 Mac 2012.
Hari penamaan calon adalah pada 5 Mac 2012 jam 10pagi
Tempat : Jabatan Hal Ehwal Pelajar PBU.

Ahli PRS PBU perlu bertanding untuk mendapat kerusi yang dipertandingkan.
Terdapat 2 Kerusi BIRO PRS. Diharapkan ahli PRS dapat bertanding di dalam Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sekaligus menjawat jawatan sebagai BIRO PRS.




PERTANDINGAN BOLING 3 SERANGKAI
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Balik Pulau (PBU) & Politeknik Seberang Perai. (PSP)
Tarikh : 3 Februari 2012
Bertempat di The Summit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

klik di sini untuk melihat gambar...

Saturday 28 January 2012

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..Blog Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Balik Pulau (PRS PBU) masih lagi di dalam modifikasi.. sebarang komen atau cadangan sila emailkan kepada                      
      kelabprspbu@yahoo.com.

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi PRS PBU


Kelab Pembimbing Rakan Siswa 
Politeknik Balik Pulau ( PRS PBU )