Tuesday 11 December 2012

Ucapan Bekas Presiden PRS PBU


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Syukur kehadrat illahi dengan izin-NYA maka dengan ini dapatlah saya menamatkan pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU) yang bermula daripada sesi jun 2010 sehinggalah ke sesi jun
2012.

Dahulunya saya merupakan pelajar diperingkat Sijil Teknologi Maklumat daripada Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) selama 2 tahun. Sepanjang berada di KKHL, saya diberi pendedahan dengan pelbagai ilmu sama ada berbentuk teori mahupun amali. Di dalam aktiviti kokurikulum, saya diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sebanyak 2 kali. Ini adalah kepercayaan pihak atasan terhadap kemampuan barisan kempimpinan JPP dibawah pimpinan saya.

Menyambung pengajian daripada peringkat Sijil kepada peringkat Diploma adalah bukan satu perkara atau peluang yang mudah untuk dikecapi. Pelajar lepasan SPM dan juga lepasan Graduan Kolej Komuniti pada tahun 2010 adalah jumlah yang sangat tinggi. Ini membuatkan peluang sangat sukar untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma. Berkat doa dan usaha yang gigih akhirnya saya diberi peluang untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) di Politeknik Balik Pulau.

Syukur alhamdulilah selama 2 tahun menjadi pelajar PBU, saya cukup senang dengan pihak pengurusan PBU dan juga barisan tenaga pengajar yang sentiasa memberikan kerjasama dalam apa jua perkara. Sehinggalah saya dilantik menjadi Presiden Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Balik Pulau (PRS PBU).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Miss Loke Yin Ying selaku Pegawai Psikologi dan Kerjaya merangkap Penasihat Kelab PRS PBU atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas jawatan sebagai Presiden PRS PBU bagi tahun 2012. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Majlis Tertinggi PRS PBU dan tidak lupa juga kepada Ahli-ahli Kelab PRS PBU diatas kerjasama dan sokongan dalam melaksanakan program PRS PBU sepanjang berada dibawah pimpinan saya.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang saya menjadi Presiden Kelab PRS PBU. Kini tibalah masa transformasi PRS PBU untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi PRS yang baru. Saya mendoakan agar Kelab PRS PBU terus menjadi Kelab yang paling bergiat aktif di PBU dan seterusnya menjadi platform untuk membatu para pelajar PBU sesuai dengan slogan Kelab PRS PBU “ Bina Diri Untuk Bantu Rakan ”.



Sekian, terima kasih..

ZAMRI RASHID
Presiden,
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Politeknik Balik Pulau