MAKSUD PRS


APA ITU PRS ??

Pembimbing Rakan Siswa (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.

Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.

Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.

Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Siswa dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.

PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Prinsip ini menekankan bahawa ahli PRS hendaklah membersihkan hati dan bertekad sesungguhnya bersedia dan dengan rela hati membantu orang lain tanpa sempadan agama bangsa kedudukan perlakuan dan fizikal. Ini bererti pilih kasih, berat sebelah dan diskriminasi secara total perlu dielakkan oleh ahli PRS dalam menjalankan tugas mereka.


PERANAN PRS

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
Ini menuntut pengorbanan perasaan dengan cuba merasai apa yang orang lain rasa, apa yang rakan anda rasa. Pepatah 'cuba masukkan kaki anda dalam kasut orang lain'. Ini menuntut penghayatan terhadap masalah orang lain, jika ia berlaku seperti kita. Oleh itu, belajarlah merasa sakit apabila melihat orang lain sakit, belajarlah hayati kesedihan apabila orang bersedih dan belajarlah hargai kegembiraan apabila melihat orang lain gembira.

-Sebagai khidmat sokongan, membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Keikhlasan untuk membantu perlu lahir dari diri sendiri. Menggerakkan unit, membantu dan sebagainya perlu datang dari dalam hati sendiri.

-Sebagai satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.

Sebagai kawan kepada pelajar, tentunya ahli PRS mendapat banyak maklumat, menerima aduan dan rintihan rakan-rakan. Ini boleh disampaikan kepada kaunselor untuk membantu rakan-rakan yang memerlukan.

-Sebagai contoh kepada pelajar lain.

Ahli PRS akan menjadi orang contoh kepada pelajar lain. Maka sahsiah ahli PRS tentulah perlu tinggi dan sentiasa boleh dijadikan contoh teladan kepada orang lain.

[Lagu-Lagu PRS PBU]

Selamat Datang,Selamat Datang,
Selamat Datang Kawanku..
Apa khabar,Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku.
Riang Hei Riang Hei.
Hura Hurei Hoo...
Enak-Enak Enak Ey, Enak- Enak Enak Ey..
Hura Hurei Hoo...

Di Sini Senang, Di Sana Senang,
Di Mana-Mana Hatiku Senang,
Di Sini Senang, Di Sana Senang,
Di Mana-Mana Hatiku Senang,
Saudara...Saudari..
Lalalalalalalalaa...
Saudara...Saudari..
Lalalalalalalalala...

Happy Yeay Yeay Yeay,
Happy Yeay Yeay Yeay,
Kami Pilih PRS saja,
Siang Jadi Kenangan Malam Jadi Impian,
Cintaku Semakin Mendalam.

Ingat-Ingat Itu REMEMBER,
Jangan Lupa Itu DON'T FORGET,
Saya Sayang Kamu, I LOVE YOU,
Hanya Engkau ONLY YOU...




Oleh,

MUHAMMAD ZAMRI BIN ABDUL RASHID
Presiden
Pembimbing Rakan Siswa
Politeknik Balik Pulau (PRS PBU)