Thursday 3 May 2012

Salam Perpisahan Buat Ahli PRS Semester 6

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Ahli PRS PBU sekalian..

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PRS SEMESTER 6  yang telah bersama-sama mencurahkan idea serta menyumbangkan masa dan tenaga demi melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti Kelab PRS PBU pada kali ini dan tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian di PBU. Mohon maaf atas salah silap sepanjang kita bersama. Kelak, menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain. Semoga berjaya dengan apa yang dihajati. Selamat bercuti semua. Jumpa lagi pada masa akan datang. Diharapkan kita semua dapat meneruskan ikatan ukhuwah ini bersama melalui Group FB PRS PBU.
"Bina Diri Untuk Bantu Rakan"




"Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…
Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..
Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…
Kutetap mengharapkan kita bersahabat…
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana.. "